Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya

bagi seseorang yang mengilai bola mcm aq 29 hb disember merupakan big day 4 aku n malaysia football team..aq mcm xpercaye kapten msia Safiq Rahim menjulang trofi AFF Suzuki dengan penuh gilang-gemilang..berdarau darah aq tyme uh..msia youth team mmg superb..mane tidak nyew pada tahun 2009 msia meraih pingat emas sukan SEA setelah menewaskan vietnam dan pada tahun ini msia menghadiahkan negara kejuaraan AFF Suzuki Cup stelah menewaskan Indonesia dgn agregat 4-2..aq cte lbey coz aq mmg mnt bola n megikuti perkembangan bola sepak negara..klo EPL xyh cte la..datuk Rooney pun aq tw..haha..credit to msia youth team yg dibarisi khairul fahmi che mat,mahali jusali, muhd muslim,asra,safiq rahim,amirulhadi zainal,s. kunalan,safee sali,norshahrul idlan talaha,ashari,razman,amri yahyah,sabree mat abu dan lain2 lagi coz mengharumkan nama negara di persada antarabangsa..anyway kejayaan msia nie hadir dari kotmitmen dari semua pihak..program majlis belia dan sukan menghantar skuad remaja negara menyertai liga bolasepak di Slovakia ternyata membuahkan hasil..walaupun msia agak bermula dgn perlahan tp pendedahan di peringkat luar amat2 berharga..dlm pemerhatian aq dlm menyaksikan game msia..msia bermain dgn penuh disiplin..para pemain    mempunyai mental yg mantap untuk menyerap segala tekanan,dpt menyesuaikan diri dgn corak taktikal yg diterapkan oleh jurulatih K. Rajagopal..akan tetapi msia perlu mempelbagaikan corak taktikal..bkn sekadar bertahan dengan baik dan membuat serangan balas yg pantas..selain itu keputusan FAM tidak membenarkan pemain import beraksi dlm liga tempatan menyaksikan anak-anak tempatan mula menonjolkan diri dan mendapat tempat dlam perancangan jurulatih masing2..hal ini dpt menaikkan kualiti permainan pemain sekaligus memasang impian menyarung jersi kebangsaan. akan tetapi ade segelintir pihak merasakan ketiadaan pemain import akan menjatuhkan liga tempatan dari aspek kualiti permainan dan bidang komersial.pelan FAM mengadakan pasukan Harimau Muda juga membuahkan hasil dan impak yg cukup besar.pemain2 dari skuad ini yg meningkat naik akan diserapkan ke dlm skuad senior.pelaburan berjuta wang ringgit yg dilakukan oleh kerajaan dlm memajukan bolasepak negara patut diberi pujian kerana tnpa modal sesebuah negara itu tidak akan maju.sekarang pihak pengurusan bolasepak negara dan kerajaan harus menjaga anak-anak muda dlm skuad yg sedia ada sekarang kerana perjalanan masih jauh untuk mara ke kejohanan Piala Dunia.selepas ini msia perlu konsisten dan menyasarkan kejayaan dlm piala Asia.doa dan sokongan dr peminat akan mengiringi msia youth team.adioz!

1 comment: